Aura Fire mengumumkan percubaan terbuka untuk pasukan MLBB mereka

Aura Fire adalah salah satu pasukan Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID). Mereka berjaya lolos ke peringkat playoff pada musim kelapan namun ditewaskan oleh EVOS Legends dengan skor 3-2.

Untuk persediaan ke musim ke-9, mereka kini mengumumkan percubaan terbuka kepada umum untuk pasukan Mobile Legends mereka. Rombakan harus dibuat demi memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka. Pemain yang berminat boleh mendaftar dengan mengisi borang Google untuk info yang lebih lanjut.

Adakah dengan kemasukan pemain baru nanti akan mengubah nasib pasukan Aura Fire untuk musim kesembilan? kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+