Aura Fire muncul juara Piala Presiden Esports 2021

Peringkat Grand Final Piala Presiden Esports 2021 menyaksikan pasukan Alter Ego akan bertemu dengan pasukan Aura Fire.

Sebelum ini, pasukan Aura Fire sering ditewaskan di dalam MPL dan tidak berpeluang masuk ke peringkat playoff.

Mereka mula mengubah nasib mereka dengan berjaya meloloskan diri ke peringkat playoff di MPL ID musim kelapan.

Selepas berhempas pulas untuk menuju kejayaan, kini Aura Fire digelarkan sebagai juara untuk Piala Presiden Esports 2021 dengan skor 3-1.

Satu kemenangan yang amat dinantikan oleh pasukan itu untuk mengangkat piala. Mereka tampil dengan disiplin yang tinggi dan juga corak permainan yang begitu menarik.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Aura Esports. Mereka membuktikan bahawa mereka bukan lagi satu pasukan yang sering berada di kedudukan terbawah di dalam arena kompetitif Indonesia.

Sumber: @emak_moba

Foto: Aura Esports

RELATED NEWS

+