Aura Fire umum roster untuk musim kelapan, Vaanstrong tidak kelihatan

AuraFire nama yang tidak asing lagi di dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Digelar sebagai pasukan underdog di dalam musim lepas. Pasukan ini tampak goyah di dalam regular season, mereka tidak berjaya mara ke peringkat playoff.

Perkara ini tidak asing lagi buat pasukan Aurafire, mereka sudah gagal ke playoff sejak musim kelima lagi. Hari ini, mereka telah mengumumkan barisan pemain untuk musim kelapan.

Barisan pemain mereka untuk musim kelapan kali ini tidak ada nampak perubahan yang besar. Mereka masih mengekalkan Facehugger, God1va, Qeira, Kabuki, High, Variety dan juga Tezet yang kembali di dalam pasukan.

Vaanstrong yang dikatakan akan masuk ke EVOS Legends tidak berada di dalam pautan video yang dikongsi di Youtube Aurafire itu. Mampukah pasukan ini menjadi salah satu pasukan yang akan ke peringkat playoff untuk musim kelapan ini?

Adakah mereka masih menggunakan strategi yang sama atau sudah memantapkan lagi corak permainan mereka? Kita bakal saksikan semua itu tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+