Aura Soloz masih berbisa, raih undian tertinggi anugerah 10BERSAMA Lagenda

Fredo dan Soloz sememangnya nama yang tidak asing lagi di dalam komuniti MLBB, mereka adalah bekas pemain profesional pasukan Team Saiyan dan Bosskurr Gaming.

Anugerah 10BERSAMA Lagenda yang diperkenalkan oleh MPL MY baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai apabila nama Soloz dan Fredo tercalon di dalam anugerah itu.

Setakat artikel ini ditulis, Soloz sudah memegang sebanyak 1,302 undian manakala Fredo memegang 455 undian.

Ini membuktikan populariti Soloz sebagai lagenda MLBB melebihi Fredo yang sudah bersara dan beralih ke arah permainan peranti mudah alih PUBG Mobile.

Pemain bintang pasukan Todak iaitu Ciku juga tidak dapat menandingi jumlah undian yang diperolehi oleh Soloz. Ciku hanya meraih 551 undian.

Manakala, Xorn dan Kuja masing-masing memperolehi 294 dan 86 undian. Siapakah yang bakal menang anugerah 10BERSAMA Lagenda ini? Nyatakan pendapat anda.

RELATED NEWS

+