Auto Chess bakal keluarkan MOBA versi sendiri

Pada awal 2021, Dragonest mengumumkan mereka sedang membikin MOBA daripada dunia Auto Chess mereka.

Berjudul Auto Chess MOBA dan akan membawa semua karakter dari Auto Chess.

Peta untuk Pre Alpha juga sudah diacah oleh Dragonest.

Autochess MOBA to conduct multiple tests

Seperti biasa peta akan mempunyai tower dan setiap hero akan mempunyai empat kebolehan berbeza.

Perlawanan akan berlaku di antara Sacred Alliance dan Demonic Legion.

Disamping itu terdapat satu penambahan berbeza iaitu tower seakan-akan watchtower yang boleh memberi penglihatan.

Auto Chess MOBA juga akan memberi lebih fokus kepada roaming dan kerjasama.

Autochess MOBA to conduct multiple tests

Setiap hero juga adalah percuma untuk menjaga keseimbangan di antara pemain lain.

Setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat lanjut dari pengeluar Auto Chess MOBA.

Permainan MOBA ini cuba untuk mencari keunikan mereka dari MOBA yang ada sekarang.

Sumber rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+