AutoChess MOBA mula Early Access, bakal jadi pencabar Mobile Legends?

AutoChess MOBA ingin menjadi satu MOBA innovasi yang percuma dimainkan dan kini sudah memasuki fasa percubaan tetapi hanya untuk Filipina buat masa ini.

Setakat ini permainan mudah alih ini mempunyai bahasa Tagalog, Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Pengguna Android di Filipina kini boleh cuba di Google Play Store.

AutoChess MOBA akan membawakan lima hero berlawan dengan lima hero, sama seperti MOBA masa kini.

Akan terdapat 20 hero yang akan didapati apabila anda naik level dan ranking.

https://i0.wp.com/gamingonphone.com/wp-content/uploads/2022/08/unnamed-2-1024x576.jpg

Setiap hero sudah semestinya akan mempunyai kemahiran masing-masing.

AutoChess MOBA dikatakan tidak akan mengikut strategi pay-to-win untuk memastikan semuanya adalah adil.

Hanya skill dan strategi anda sebagai pemain diperlukan.

Anda juga boleh menggunakan VPN untuk bermain AutoChess MOBA Early Access nanti.

Setakat ini masih belum ada lagi apa-apa pengumuman untuk AutoChess MOBA bagi server global.

RELATED NEWS

+