Axis Redone juara Liga PMPL MY/SG musim keempat

Selepas tiga minggu berhempas pulas bermain, mengatur strategi dan saling melanggar antara satu sama lain di peringkat Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSG musim keempat, kini Axis Redone berjaya mendapatkan gelaran juara peringkat Liga dan secara automatik layak ke peringkat Sea Finals (Asia Tenggara) dan Country Finals.

Axis Redone akan membawa pulang AS$9,000 (RM39,353) dengan mata terkumpul sebanyak 434, manakala pasukan Team Secret berada di kedudukan kedua dengan perbezaan sebanyak sembilan mata sahaja (425). 

Selain itu, Farang Lejund berada di kedudukan ketiga dengan 416 mata dan SEM9.Gank berada di kedudukan keempat dengan 389 mata. 

Pasukan Yoodo Alliance sempat mendapatkan mata yang cukup bagi menghentikan kemaraan Team Bosskurr ke peringkat country finals.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Axis Redone, mereka membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang paling konsisten sepanjang musim liga! 

Foto: Axis RedOne

RELATED NEWS

+