Baby Shark Universe adalah permainan video adaptasi dari francais terkenal Baby Shark.
Permainan ini akan memberi fokus kepada pengalaman santai pengembaraan di dalam dunia Baby Shark.
Video trailer juga dikeluarkan di laman rasmi Twitter Baby Shark Universe.
Menurut pembangun, permainan ini akan mempunyai banyak aktiviti dan hari anda akan setiasa terasa sibuk dengan aktiviti bercucuk tanam, membina rumah sendiri, berlawan dengan bos dan lain-lain.
Pelbagai acara juga akan ditambah untuk memeriahkan lagi permainan ini.
Baby Shark Universe kini boleh pra-daftar di Google Play dan App Store (masih belum dilancarkan).
Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman rasmi Baby Shark Universe.