Badut? RSG MY teruskan perjuangan!

Satu-satunya pasukan Malaysia yang masih bertahan di Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC) 2021, RSG MY masih mampu meneruskan perjalanan mereka di lower bracket selepas menewaskan Bigetron Alpha, 2-1 sebentar tadi.

Mereka akan bertemu sama ada Execration atau Impunity KH nanti.

Dalam pusingan kalah mati tadi, RSG MY berjaya mendapatkan kelebihan dari draft di game kedua dan ketiga.

Di perlawanan pertama, pemilihan dua support sebenarnya sangat kuat namun mereka lupa untuk ban Mathilda atau memilih Aldous. Brody yang menjadi jungler dan tidak mempunyai purify berdepan kesukaran menghadapi stun-lock daripada Popol dan Kupa.

Seperti yang kita lihat dari segi itemization, Kagura membeli Necklace of Durance bagi mengurangkan jumlah heal oleh Rafaela dan Estes. Renbo juga membeli Sea Halberd untuk lebih mudah mengurangkan heal dengan penggunaan Blazing Duet.

Mathilda tidak memerlukan item mage sebaliknya hanya perlu ke barisan hadapan membawa rakannya ke arah musuh jadi item tank adalah sangat penting.

Matt memainkan Kagura dan mengenakan damage tertinggi dalam perlawanan ini tapi Rippo memperoleh MVP kerana banyak mengganggu pemain RSG MY.

Di perlawanan kedua, RSG MY lebih selesa dengan draft mereka, mengutamakan hero seperti Pharsa dan Barats. Dengan adanya Popol dan Kupa membantu mereka untuk mengacau pemain-pemain BTR. 

Leixia sangat selesa menggunakan Yi Sun Shin di game kedua ini dengan mengenakan damage tertinggi kepada pemain-pemain Bigetron.

Tapi Izanami yang harus diberikan MVP kerana keupayaannya menggunakan Pharsa dengan baik.

Di game ketiga, Lolealz sekali lagi menunjukkan kehebatan menggunakan Beatrix dan berjaya membantu RSG menang perlawanan terakhir ini.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+