Bagaimana gacha game ini terus ditutup dalam hanya 6 jam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Immortals: Muv Luv Alternative adalah gacha yang dilancarkan oleh Anchor Inc. pada tahun 2022 berdasarkan siri novel ringan Muv-Luv Alternative Total Eclipse.

Gambar dari aNCHOR Inc.

Muv-Luv antara novel ringan yang sangat-sangat popular di Jepun dan di peringkat global.

Penceritaan Muv-Luv Alternative juga diambil untuk menghasilkan permainan video ini.

Tetapi permainan ini tutup dalam hanya enam jam sahaja kerana terdapat satu bug yang sangat merosakkan permainan.

Apa itu Immortals: Muv Luv Alternative?

Diumumkan pada tahun 2020, Immortals: Muv Luv Alternative adalah spin-off untuk francais ini dan akan dilancarkan pada 2022.

Permainan Immortals: Muv Luv Alternative ialah disamping mempunyai elemen novel visual terdapat permainan Aksi RPG dengan perspektif 3D isometrik  di mana pemain boleh menggunakan empat karakter.

Setiap karakter akan mempunyai mecha tersendiri, senjata tersendiri dan lain-lain.

Bagaimana Immortals: Muv Luv Alternative ditutup?

Pada hari pelancaran, akibat terlalu banyak bugs, penyelenggaraan terpaksa ditunda sehingga 6 petang dan dipanjangkan lagi ke 6.30 petang waktu Jepun.

Malah apabila server dibuka pula, server pula ‘overload’ dan pemain tidak boleh bermain pun dan server terpaksa ditutup sekali lagi untuk penyelenggaraan seterusnya.

Gambar dari Pseychie YouTube

Akhirnya 24 jam  kemudian permainan boleh dimainkan oleh pemain pada 18 Mac, jam 4 petang.

Pada awalnya, para pemain menerima permainan ini dengan artstyle yang menarik dan idea penyambungan francais Muv-Luv.

Pemain juga tidak berpuas hati dengan sistem gachanya dengan kadar SSR yang hanya 1% dan lebih mengejutkan tiada sistem pity untuk memastikan anda mendapatkan SSR yang anda mahu.

Walaupun dua tahun lepas ini adalah idea yang tidak bagus terutamanya untuk permainan video gacha kerana banyak gacha-gacha moden sudah mempunyai sistem pity ini.

Lebih mengecewakan penceritaan dalam permainan ini tidak mempunyai pelakon suara dan anda hanya boleh mendengar suara mereka hanya dalam perlawanan.

Profil karater juga tidak wujud untuk pemain melihat informasi mengenai karakter mereka.

Syarikat aNCHOR Inc. pula tidak mempunyai langsung pengalaman dalam membuat permainan video live service menjadikan perkara ini sangat baharu untuk mereka.

Disebabkan Immortals: Muv Luv Alternative dikeluarkan untuk Android dan iOS, mereka juga tidak mengimplementasikan ciri-ciri keselamatan kerana Google Play dan App Store mempunyai ciri ini.

Untuk satu permainan gacha berjaya pemain perlu membeli diamonds/gems dan sebagainya untuk memberikan syarikat tersebut wang untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Jadi ciri-ciri keselamatan sangatlah penting untuk mengelakkan hackers atau eksploitasi dalam permainan mereka.

Tetapi pemain dapat menjumpai satu bug yang menghancurkan terus ekonomi permainan ini dalam 1 jam pertama iaitu 5 petang.

Immortals: Muv Luv Alternative mempunyai satu sistem yang membenarkan anda menggunakan Akaun Guest yang boleh dipautkan semula ke akaun yang anda mahu.

Disebabkan ini, jika anda membuat banyak Akaun Guest yang mempunyai gems dan dipautkan ke akaun yang anda mahu, gems yang telah didapati sebelum itu masih ada dan tidak akan hilang.

Hal ini membuatkan anda boleh mempunyai sejumlah infiniti kuantiti gem yang anda mahukan.

Pada pukul 10.30 malam, permainan ini telah masuk ke mod penyelenggaraan dan masa selenggara tidak diberikan.

Keesokan harinya pengumuman penyelenggaraan ini dikatakan akan menjadi lebih panjang daripada biasa.

Inilah bagaimana Immortals: Muv Luv Alternative ditutup dalam hanya 6 jam sahaja.

Bug yang sama juga telah muncul di versi iOS pada pukul 6.30 petang.

Gambar dari Pseychie YouTube

Pemain juga telah diberikan amaran jika menggunakan bug tersebut tetapi diendahkan kerana permainan ini masih baru dan jika anda diharamkan? Tidak susah hanya buat sahaja akaun baharu.

Kenapa bug seteruk sebegini boleh terlepas begitu sahaja?

Rupa-rupanya aNCHOR Inc. tidak membuat ujian sebelum pelancaran permainan itu disebabkan mereka adalah studio yang kecil dan masih mempunyai banyak permainan video Muv-Luv lain untuk dibuat dan juga animenya.

Pembayaran semula juga telah dibuat untuk pemain-pemain Immortals: Muv Luv Alternative

Setelah satu tahun empat bulan kemudian Immortals: Muv Luv Alternative dilancarkan semula sebagai Muv-Luv Dimensions yang masih dimain lagi sehingga tahun ini di Jepun dan sangat popular untuk peminat francais Muv-Luv.

RELATED NEWS

+