Balmond, Angela dan Antique Cuirass dapat ‘buff’ di patch baharu

Walaupun banyak hero yang sering digunakan di pentas kompetitif dan Ranked menerima nerf , namun terdapat hero serta item yang menerima buf di patch 1.7.82.

Balmond menerima buf yang paling besar impaknya di mana kini pada skill 1 hero itu kini mendapat efek slow yang lebih banyak iaitu daripada 30% kepada 60%

Damage Ultimate Balmond kini lebih kuat apabila nyawa lawan tinggal sedikit.

Balance Adjustment Patch Notes – 1.7.82 Org Server
by u/ano-nomous in MobileLegendsGame

Ia bertukar daripada 400 + 60% of Jumlah Physical Attack + 20%-30% HP pihak lawan yang hilang kepada 150 + 70% of Jumlah Physical Attack + 30%-45% HP pihak lawan yang hilang.

Ini bermakna Balmond boleh menggunakan Ultimate dan membunuh hero yang sudah memakai item Immortality dengan lebih mudah.

Angela turut menerima buf kepada Ultimate di mana kini Base Shield Angela bertambah daripada 1200-1800 kepada 1200-2400.

Hero support ini akan memberikan shield yang lebih besar kepada hero yang dimasukinya pada fasa akhir pemainan.

Akhir sekali, item Antique Cuirass dan Dreadnaught Armor juga akan menerima buf.

Kini apabila satu hero yang memakai Antique Cuirass menerima skill damage, hero yang menyerangnya akan kurang damage daripada 8% Physical Attack kepada 6% Physical Damage.

Dreadnaught Armor pula akan mengurangkan Physical Attack daripada 5% kepada pengurangan 4% Physical Damage.

Hero seperti Fanny dan Paquito akan menerima impak yang agak besar terhadap perubahan item ini dan kini ia lebih susah untuk membunuh pihak lawan dengan combo yang betul (oneshot).

Adakah hero-hero ini akan digunakan lebih banyak di peringkat kompetitif dan Ranked?

RELATED NEWS

+