Dragon Ball Z: Kakarot menghidupkan kembali penceritaan Dragon Ball Z dalam bentuk game yang bakal tiba pada Januari 2020.
Bandai Namco telah berkongsi serba sedikit tentang cerita, cara permainan (gameplay) dan pengembaraan dalam game aksi role-playing game (RPG) dibangunkan oleh CyberConnect 2.
Buat pertama kali, korang boleh bermain sebagai Kakarot atau Goku dalam pengembaraan RPG tetapi bukan dalam bentuk open-world. Sebaliknya, pemain mempertahankan dunia daripada penjahat yang pernah berlawan dengan Goku dalam anime serta bertemu dengan karakter yang tidak pernah diperlihatkan dalam anime mahupun komik asal Dragon Ball juga.
Dari segi pertempuran, korang boleh memanggil watak lain seperti Piccolo dan Gohan untuk membantu Goku dalam saat-saat genting dan mempamerkan kuasa gempak seperti wujud dalam anime.
Baca lagi: Dragon Ball Z: Kakarot Bakal Hadir Pada Januari 2020 – Menampilkan Cerita Majin Buu & Great Saiyaman
Dragon Ball Z: Kakarot akan dilancarkan pada 17 Januari 2020 di PC, Xbox One dan PS4.
Sumber: Aksiz
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.