Bandai Namco Holdings Inc kini bakal memecat sebahagian staf mereka selepas membatalkan beberapa permainan video.
Antara permainan video yang dibatalkan terus adalah dari francais, Naruto dan One Piece.
Syarikat di Tokyo ini akan mengurangkan staf mereka dengan cara paling Jepun sekali iaitu dengan tidak memberikan mereka kerja dan memohon mereka berhenti.
Sejak April lepas, Bandai Namco mengarahkan 200 pekerja untuk ke pejabat dengan tiada tugasan dan lebih 100 staf sudah berhenti sejak itu.
Perkara ini digelar oidashi beya atau “bilik pengusiran” digunakan oleh syarikat Jepun kerana ia antara negara yang mempunyai akta pekerjaan paling ketat di dunia.
Hal ini dibuat supaya syarikat boleh mengelak untuk membayar penalti pemecatan apabila seseorang staf tu berhenti. Masa di bilik pengusiran ini selalunya digunakan untuk staf mencari pekerjaan baharu.
Namun, Bandai Namco mengatakan mereka bukan menghalau staf mereka dari syarikat itu.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan situasi yang kami hadapi. Beberapa pekerja perlu menunggu supaya mereka boleh mendapat projek baharu akan diberikan kepada mereka.
“Tiada ‘oidashi beya’ di Bandai Namco yang dibuat untuk memastikan mereka pergi secara sendiri,” kata mereka.
Banyak syarikat permainan video kini dalam fasa untuk pengurangan kos selepas era-pandemik berakhir.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!