Bapa Sepat dan Saiful meninggal dunia

Bapa kepada pemain dan penganalisis Homebois, Sepat dan Saiful meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik oleh pemilik Homebois, Nureddy Nursal atau Daddyhood mengumumkan berita ini di Instagram miliknya.

Jenazah Allahyarham sudah selamat dikebumikan petang semalam.

Masih tiada status jika Sepat akan diturunkan pada 8 April ini bagi perlawanan menentang Todak.

Pihak MyGameOn ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Sepat dan Saiful.

Foto: DaddyHood

RELATED NEWS

+