Bapa terkejut dapat bil RM18,000 sebab anak topup game

Siapa tidak terkejut apabila dikenakan bil sehingga melebihi AS$5,000 (kira-kira lebih RM15,000). Itulah nasib yang dirasai oleh seorang bapa, Jason, apabila anaknya membuat pembelian dalam talian tanpa disedarinya.

Berikutan penangguhan pembukaan sekolah, Jason memberi anaknya yang berusia enam tahun, tablet Android untuk kegunaan pembelajaran di rumah antara 2 Julai hingga 4 Julai.

Dirinya tiada pilihan lain, dan terpaksa membayar bil yang berjumlah AS$5,886.72 (kira-kira RM18,198.76), yang dicas daripada pelbagai permainan video.

Sumber: STOMP

Beliau menyifatkan pembayaran itu sebagai satu ‘kerugian kewangan’ terutama dalam keadaan ekonomi yang terganggu ketika pandemik ini.

Beliau menghubungi Google perihal ini dan Google menolak untuk menyiasat. Bahkan pihak Google juga menolak untuk melakukan bayaran balik walaupun permohonan sudah dibuat dalam tempoh 48 jam sebelumnya.

Hal yang sama juga apabila Jason menghubungi pembangun permainan yang terlibat. 

Beliau mengharap dengan perkongsian ini, ibu bapa akan lebih waspada perihal aktiviti anak-anak, terutamanya penggunaan peranti mudah alih dan komputer. Beliau juga menyarankan menetapkan had bajet atau penggunaan kata kunci di Google Play Store.

Selain itu, Jason juga mengharap Google lebih membantu para penggunanya terutamanya melibatkan pembelian yang tiada persetujuan ini.

Sumber: AsiaOne, STOMP

RELATED NEWS

+