Bapa Zaraki meninggal dunia, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah

Zaraki adalah salah seorang pemain pasukan RSG Malaysia, juara musim ketujuh MPL MY musim ketujuh. Beliau bermain di posisi exp lane.

Arwah bapanya pergi menghadap illahi pada jam 11.30 pagi tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Zaraki di sebuah hantaran Facebook beliau.

“Assalamualaikum kawan kawan. Minta tolong sangat sangat sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah bapa saya Nurolla Bin Turabin yang sudah meninggal dunia pada hari ini jam 11:30 pagi,” tulisnya. 

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan moga pemergian beliau dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

RELATED NEWS

+