Baru berusia 16 tahun, ‘bocah’ Orange Esports, LinkEzaa sasar main di M3

Mohd “LinkEzaa” Hadim, 16, adalah salah seorang pemain profesional pasukan Orange Esports di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kelapan. Ini adalah debut pertama beliau di liga profesional.

Kehadiran beliau di dalam liga itu berjaya memberikan cabaran buat semua pasukan yang lain apabila berjaya mendapat ranking pertama kumpulan A bersama Orange Esports setakat minggu keempat.

Penulis sempat melakukan sesi temu ramah bersama beliau, anak jati yang berasal dari Kota Marudu, Sabah ini mempunyai hero pool yang memberikan burst damage yang tinggi seperti Alucard, Roger, Ling dan Granger.

Hero kegemarannya adalah Alucard di mana kita dapat lihat prestasinya ketika menentang juara musim ketujuh, RSG Malaysia dengan skor 14-0.

Pengalaman sebagai pemain profesional

Ditanya kembali bagaimana pengalaman bermain di MPL, “Saya berasa gementar, nak berikan prestasi yang terbaik untuk pasukan akan tetapi risau jika ada membuat kesilapan, namun saya memilih untuk bermain tanpa fikir menang atau kalah kerana ia akan membuatkan saya bebas dari perasaan gementar itu” ujar beliau.

Selain itu, LinkEzaa sering meluangkan masanya bersama ahli pasukan dan mereka sangat rapat dan sering melepak di ruang tamu serta menonton filem bersama-sama. “Kami suka lepak bersama, makan bersama, menonton filem, kami sangat rapat,” katanya.

Scrim selama lapan jam sehari bersama pasukan dari Indonesia dan Filipina membuatkan beliau lebih berpengalaman untuk menghadapi sebarang cabaran dari pasukan tempatan oleh kerana corak permainan dari dua negara ini berbeza.

Beliau mempunyai wawasan yang tinggi, ingin menjadi seorang pemain profesional bertaraf tinggi dan ingin bermain di kejohanan dunia, M3 jika ada rezeki kelak. Di samping itu, LinkEzaa ada menaruh harapan untuk menjadi seorang streamer suatu hari nanti apabila masa membenarkan. 

Sokongan ibu bapa

Ketika ditanya mengenai sokongan dari ibu bapa, beliau menjawab “Pada mulanya tidak sokong kerana saya hanya bermain tanpa ada sebarang komitmen sebagai pemain. Namun begitu, lama kelamaan mereka mula menyokong selepas saya menyertai pasukan profesional (Orange) dan bermain secara kompetitif,” tambahnya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat Orange Esports yang menyokong saya dan pasukan.

“Walaupun kami masih lagi baru tetapi kami sentiasa ingin memberikan prestasi dan keputusan yang terbaik kepada peminat kami.

“Insya-Allah kami akan menjadi juara musim kelapan ini, teruskan menyokong kami!,” pesan beliau kepada peminat di luar sana.

Orange Esports dianggotai oleh LinkEzaa, Jennie, Minn, Mann, SitiNurSana, iSonic, Valenz dan Iris.

RELATED NEWS

+