Baru peringkat beta terbuka dan organisasi e-sukan sudah mula tubuh pasukan Wild Rift

Walaupun baru saja dilancarkan dalam fasa beta terbuka, organisasi e-sukan sudah mula ‘mengintai’ potensi pada League of Legends: Wild Rift dan mula menubuhkan pasukan masing-masing.

Di Indonesia saja, tiga organisasi e-sukan iaitu Morph, Bigetron Esports dan BOOM Esports turut serta menubuhkan pasukan. Bigetron misalnya sudah mempunyai skuad PUBG Mobile, Free Fire, Call of Duty: Mobile dan MLBB. Ini menambahkan lagi jumlah pasukan yang ada.

Malah, seperti kita tahu pasukan BTR terutamanya BTR Red Aliens sudah menjadi juara dunia dan kini layak ke Kejohanan Dunia (PMGC) sekali lagi.

Selain itu, organisasi e-sukan dari China, Nova Esports juga berminat untuk menubuhkan pasukan Wild Rift. Mereka mempunyai pasukan e-sukan dalam permainan Clash of Clans, League of Legends, PUBG Mobile, Brawl Stars dan Clash Royale.

Sementara itu, organisasi e-sukan berpangkalan di Amerika Syarikat, Noble Esports mengambil pemain India bagi membentuk skuad Wild Rift. Mereka mengambil bekas pemain profesional Dota 2 di negara tersebut.

Berita-berita ini pastinya memberikan persepsi positif yang League of Legends sudah pun memberi pengaruh luas kepada industri e-sukan dan Wild Rift bakal menambahkan lagi pengaruh ini.

Pastinya lebih banyak organisasi e-sukan seluruh dunia bakal hadir dengan idea sama berikutan pelancaran Wild Rift tak lama lagi di Eropah (Disember) dan Amerika (musim bunga 2021).

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+