Battlefield 5 Takkan Menerima Banyak War Stories Menerusi DLC

Battlefield V akan memfokuskan kepada multiplayer antara perlawanan biasa dan mod Battle Royale tapi untuk peminat yang sukakan penceritaan, mod single player akan dipenuhi dengan kisah-kisah peperangan.

Sebelum korang boleh excited, pengurus komuniti global DICE, Dan Mitre mengesahkan DLC The Last Tiger akan dilancarkan pada Disember, membawakan keseluruhan War Stories kepada empat (tiga pertama dimasukkan dalam permainan sewaktu pelancaran.) Tapi selepas itu, DICE akan fokus kepada mod multi-pemain sahaja.

“Selepas The Last Tiger dilancarkan Disember nanti, belum ada perancangan untuk memasukkan War Stories menerusi Tides of War,” kata Mitre.

Macam mana pun, korang masih boleh nikmati penceritaan selama empat jam terutamanya bagi korang yang mempunyai perspektif berbeza pada sesuatu peperangan.

Battlefield V akan dilancarkan pada 20 November untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC (Origin).

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+