Battlefield Mobile akan hadir tak lama lagi di Android

Nampaknya pasaran permainan mudah alih terutamanya kategori FPS bakal berdepan satu lagi pencabar apabila Battlefield yang dibangunkan oleh EA DICE dan diterbitkan oleh Electronic Arts bakal mengeluarkan versi mudah alih.

Difahamkan, EA membuat pengumuman yang permainan ini akan menerima percubaan dalam skala kecil di negara Indonesia dan Filipina. Ia akan dimulakan pada musim luruh dan hanya tersedia untuk platform Android.

Ia tidak menggunakan model pay 2 win kerana setiap barangan kosmetik hanya mengubah visual saja dan tidak memberikan kelebihan. Ini juga lebih menarik dengan penyediaan Battle Pass. Terdapat juga fungsi cross-play.

Buat masa ini, ia belum tersedia untuk dicuba bagi anda yang berada di Malaysia dan hanya terbuka kepada dua negara disebut tadi untuk pemain terpilih.

Dengan adanya PUBG Mobile, Free Fire, COD Mobile dan game Battle Royale lain di pasaran, pasti menarik untuk melihat bagaimana Battlefield Mobile memberi saingan nanti.

RELATED NEWS

+