Bayangkan anda kalah clutch dengan backflip – VALORANT

Bayangkan anda kalah clutch dalam VALORANT dengan pemain yang ada trampolin di rumahnya dan melakukan backflip?

Tidak cukup dengan itu pemain itu juga berjaya membunuh anda dengan clutch.

Joseph ‘Keeoh’ Winkler adalah pemain profesional Fortnite dari pasukan Cloud9.

Ini yang berlaku kepada Keeoh yang sedang strim VALORANT di Twitch.

Dilaporkan oleh JakeSucky, pemain ini juga sudah melaburkan RM2 juta untuk membeli rumah, meletakkan trampolin di dalam rumahnya.

Keeoh juga sudah lama mencuba untuk melakukan perkara ini dan selalunya gagal.

Ketika ini Keeoh menggunakan Agent Phoenix.

Pusingan kali ini dia menjadi pemain terakhir dalam pasukannya dan menunggu musuh untuk defuse bom yang ada.

Dia menyembunyikan karakternya dan melompat ke trampolinnya yang berada di bawah.

Selepas melakukan backflip, dia kembali ke depan PC untuk terus menembak musuhnya.

Lebih menakjubkan ini bukan pertama kali Keeoh buat perkara ini.

Anda rasa anda mampu?

RELATED NEWS

+