mesra kepenggunaan kepada golongan kelainan upaya. Akses mesra kelainan upaya dalam game merujuk kepada pengubahsuaian sarikata dari segi saiz, warna dan terjemahan bunyi sekitar dalam game ke dalam teks serta banyak lagi bagi membantu orang istimewa untuk menikmati game."> mesra kepenggunaan kepada golongan kelainan upaya. Akses mesra kelainan upaya dalam game merujuk kepada pengubahsuaian sarikata dari segi saiz, warna dan terjemahan bunyi sekitar dalam game ke dalam teks serta banyak lagi bagi membantu orang istimewa untuk menikmati game." /> mesra kepenggunaan kepada golongan kelainan upaya. Akses mesra kelainan upaya dalam game merujuk kepada pengubahsuaian sarikata dari segi saiz, warna dan terjemahan bunyi sekitar dalam game ke dalam teks serta banyak lagi bagi membantu orang istimewa untuk menikmati game." />

Beat Saber Bakal Boleh Dimainkan Oleh Orang Pekak Dan Bisu Dengan Kerjasama Beat Games & Subpac

Video game moden semakin ke arah mesra kepenggunaan kepada golongan kelainan upaya. Akses mesra kelainan upaya dalam game merujuk kepada pengubahsuaian sarikata dari segi saiz, warna dan terjemahan bunyi sekitar dalam game ke dalam teks serta banyak lagi bagi membantu orang istimewa untuk menikmati game.

Sebagai contoh, Apex Legends memperkenalkan saluran komunikasi baru dan berbeza dari game battle royale lain iaitu penghantaran mesej melalui ping dengan pelbagai pilihan pesanan tanpa bergantung kepada voice chat sahaja. Nampak gayanya Beat Saber bakal menuju ke arah yang sama juga.

Beat Saber adalah sebuah game muzik di mana pemain harus mengikut rentak melalui kaca mata VR pemain dan menggunakan kedua-dua controller VR dipegang seperti pedang Lightsaber bagi membelah blok not muzik.

Ini bukan bermaksud pemain pekak dan bisu tidak boleh bermain game muzik ini tetapi ianya tidak lengkap tanpa muzik kedengaran di latar belakang.

CEO Beat Games, Jaroslav Beck bekerjasama dengan syarikat audio, Subpac bagi menjadikan Beat Saber sebagai satu game mesra kelainan upaya. Beck berkongsi luahan bahawa kerisauan terbesar sebagai ahli muzik ialah kehilangan deria pendengaran.

Melalui video di atas, Beck terbang ke London bagi menguji rekaan Subpac khas untuk Beat Saber yang berupaya mengambil bunyi muzik dan disalurkan ke subwoofer. Beliau menjelaskan pemain istimewa ini bakal merasa getaran dari bass subwoofer itu sebaik sahaja disarungkan seperti vest ke badan pemain.

Projek ini turut mendapat kolaborasi Oculus iaitu pembangun kepada peranti VR, Oculus Rift. Hasil maklumbalas berkenaan pemakaian Subpac untuk bermain Beat Saber mendapat reaksi positif dalam kalangan pemain pekak dan bisu. Beck juga berkata ramai lagi pemain masih lagi main Beat Saber walaupun telah dibeli selepas 3 bulan. 

Usaha ini patut diberi galakan kerana ia boleh merapatkan jurang antara pemain biasa dan kelainan upaya. Bos Beat Saber ini meluahkan hasrat untuk melihat pemain pekak dan bisu menyertai kejohanan e-sukan Beat Saber.

Meskipun ini adalah benar mengujakan, terdapat satu kekangan besar iaitu berkenaan dengan harga produk Subpac M2X yang agak mahal iaitu kira-kira USD$349 (RM1,499). Pemain harus fikir kos peranti VR sama ada PlayStation VR atau Oculus Rift dan HTC Vive yang juga membuatkan korang pecah tabung.

Buat masa sekarang, projek Subpac dan Beat Saber masih lagi dalam tahap uji dan tiada sebarang pengumuman diberikan untuk harga Subpac versi Beat Saber. 

Beat Saber telah dilancarkan di PC dan PS4.

Sumber: DualShockers

RELATED NEWS

+