Pada 6 Ogos lepas, ramai peminat anime terkejut dengan beberapa anime yang akan keluar nampaknya tertiris (leak) begitu sahaja lebih awal dari tarikh tayangan.
Antara anime itu adalah anime yang akan ditayangkan di Netflix dan Crunchyroll.

Dandadan – Netflix
Anime yang tersebar luas adalah Dandadan, Ranma 1/2, Musim ke-2 Arcane, Re:Zero Musim Ketiga, Mononoke dan Terminator Zero.
Walaupun tidak semua episod yang leak tetapi ada yang hampir separuh sudah disebarkan.
Anime |
Studio |
Tarikh Tayangan Jangkaan |
Jumlah episod yang leak |
Arcane: League of Legends |
Fortiche, Riot Games |
November |
5 episod |
Terminator Zero |
Production I.G., Skydance Animation |
29 Ogos |
6 episod |
Gekijoban Mononoke: Karakasa |
EOTA |
26 Julai |
Kesemuanya |
Ranma 1/2 (2024) |
MAPPA |
5 Oktober |
12 episod |
Re:Zero Musim Ketiga |
WHITE FOX |
Oktober |
1 episod |
Dandadan |
Science SARU |
29 Ogos |
Kesemuanya |
Kesemua leaks adalah bersaiz resolusi rendah dan ada yang masih mempunyai ‘watermark’.
Netflix sudah mengeluarkan kenyataan bahawa salah satu rakan kongsi selepas produksi terjejas dan banyak rakaman dari beberapa anime tersebar di atas talian.

Re:Zero
“Kami akan mengambil tindakan serta merta untuk kesemua rakaman yang tersebar,” tambah Netflix lagi.
Kejadian ini bakal membuatkan studio-studio di Jepun sedikit skeptikal dengan kompromi yang ada.
Salah seorang yang bekerja di studio animasi anime yang tersebar juga mengatakan insiden ini sangat tidak menghormati kerja keras mereka.
This is our hard work.
It is meant to be released on its due date, something we, as animators, really look forward to.It is incredibly disrespectful and just straight up annoying. You think you are doing some kind of service to the community but you are not. https://t.co/UX0lCrZbuZ
— Kass Chapa・アニメーター 🇲🇽❤️🇵🇸 (@kaoyumari) August 7, 2024