Beberapa modder Cyberpunk 2077 diupah CD Projekt untuk ‘pelbagai projek’

Beberapa ahli komuniti mod Cyberpunk 2077 diupah oleh CD Projekt Red untuk beberapa projek yang berkaitan dengan permainan video.

Seperti yang diumum di server Discord Cyberpunk 2077 Modding Community serta di laman Reddit, modder Hambalko (juga dikenali sebagai Traderain) menyatakan mereka akan sertai CD Projekt Red bersama modder yang lain iaitu Blumster, Nightmarea dan rfuzzo.

sumber: cyberpunk.net

Mereka akan membentuk satu pasukan untuk CDPR di bawah Yigsoft, sebuah syarikat pembangun yang diusahakan oleh Traderain dan Nightmarea. 

Sejak dilancarkan pada 2020, Cyberpunk 2077 telah menjalani beberapa perubahan, selepas mengalami beberapa masalah pada konsol, dibuang daripada PlayStation Store untuk sementara waktu dan pemain yang melakukan pembayaran balik selepas beberapa berlaku isu. 

Beberapa patch sudah dilancarkan untuk Cyberpunk 2077 dan CDPR menyatakan pada Jun, mereka sudah cukup berpuas hati dengan kestabilan dan prestasi permainan itu. 

Meskipun begitu, patch untuk permainan akan tetap dilancarkan dan beberapa ciri baru akan dihasilkan oleh komuniti mod. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+