Bekas bos PlayStation, Shawn Layden dedahkan kenapa dia tinggalkan syarikat

Selepas dua tahun meninggalkan PlayStation, bekas bos, Shawn Layden akhirnya mendedahkan sebab kenapa dia membuat keputusan itu. 

Pada 30 September 2019 lalu, PlayStation secara tiba-tiba mengumumkan pengunduran Shawn Layden daripada PlayStation selepas 32 tahun berkhidmat di syarikat itu.

Kini, selepas dua tahun meninggalkan PlayStation, Layden mendedahkan sebab dia meninggalkan PlayStation melalui sebuah temubual bersama Bloomberg, iaitu untuk mengelakkan burntout dan mengakhiri legasinya di syarikat dengan pengakhiran yang baik. 

“Ia adalah kerja orang muda,” katanya. “Saya rasa itu adalah masa terbaik untuk saya akhiri legasi saya,”

Layden menerangkan dalam tahun-tahun sehingga dia meninggalkan syarikat, dia sudah membantu syarikat melancarkan beberapa permainan yang mendapat penilaian yang untuk seluruh generasi PS4 – seperti Horizon Zero Dawn dan God of War.

Bahkan, dia menyatakan, dia meninggalkan setahun sebelum pelancaran PlayStation 5 sebagai masa yang sesuai.

“Seperti masa yang sesuai untuk berundur dan biarkan generasi baru membawa PlayStation 5 ke pasaran,” kata Layden.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+