Bekas Eksekutif Square Enix menyesal kenapa syarikat itu tak mencuba cipta game seperti Genshin Impact

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sejak keluarnya Genshin Impact, permainan video mudah alih sudah naik ke tahap yang lebih tinggi dan Genshin Impact juga berjaya memecah pelbagai rekod.

Ramai pembangun permainan video cuba untuk mendapatkan kejayaan seperti Genshin Impact.

Jacob Nabok, Bekas Pengarah Perniagaan Square Enix juga merasakan perkara yang sama kerana Square Enix tidak mencuba untuk mencipta permainan video seakan-akan Genshin Impact.

“Square Enix terlepas peluang kerana tidak membuat permainan video seperti Genshin Impact. Dia mengatakan Square Enix juga tidak berjaya dalam penjualan Final Fantasy XVI dan Final Fantasy VII Rebirth,” tambahnya lagi.

“Lebih menghairankan kenapa orang lain yang buat Genshin Impact bukan Square Enix, pasaran ini sepatutnya dimasuki lebih awal lagi oleh Square Enix,” ujar Jacob Nabok.

Bukan Square Enix sahaja, banyak lagi pengeluar permainan yang berfikir perkara sama ketika pelancaran Genshin Impact.

Genshin Impact berjaya mendapatkan keuntungan lebih AS$4 bilion (RM18.7 bilion) dalam hanya dua tahun sahaja.

Perspektif pemain juga berubah sejak banyak permainan video mengutamakan konsep live service yang sentiasa mengeluarkan kandungan baharu.

Genshin Impact juga keluar pada fasa dimana semua orang berada di rumah iaitu ketika Covid-19 yang juga menjadi salah satu penyebab ramai orang mencuba permainan itu.

Boleh dikatakan Genshin Impact keluar pada masa yang sangat tepat dan bernasib baik.

TAGS

RELATED NEWS

+