Bekas jurulatih RRQ, Acil sah sertai ONIC Esports

Bekas jurulatih RRQ, Adi Asyauri atau Acil sah menyertai pasukan ONIC ID seperti yang diumumkan dalam pendedahan roster bagi menghadapi Liga Profesional MLBB Indonesia (MPL ID) musim ke-11 akan datang Februari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Namun dalam roster rasmi, hanya jurulatih Yeb saja yang diumumkan untuk MPL ID S11 manakala pemain import dari Filipina, Kairi, kekal bermain bersama pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

ONIC Esports mengejutkan komuniti MLBB Indonesia dan juga Filipina apabila berjaya menjadi juara musim lepas dengan kehadiran Kairi buat pertama kalinya.

Manakala bagi RRQ pula, mereka raih tempat ketiga di Kejohanan Dunia, M4 dan ramai netizen menyalahkan Acil di atas kekalahan itu.

RRQ tidak pernah lagi terlepas menyertai kejohanan siri M namun gagal membawa pulang sebarang piala.

RELATED NEWS

+