Bekas pekerja saman PlayStation, tuduhan diskriminasi jantina

Isnin lalu, bekas penganalisis sekuriti IT Sony PlayStation memfailkan satu saman ke atas syarikat itu dengan pertuduhan diskriminasi jantina dan pemecatan secara salah selepas dia menyuarakan ‘diskriminasi terhadap wanita’ di syarikat itu.

Menurut laporan Bloomberg, Emma Majo, sedang memohon tuntutannya agar menjadi kelas tindakan yang berpihak kepada pekerja wanita di Sony PlayStation.

Di dalam tuntutan itu mendakwa Sony “tidak bertolak ansur dan memupuk persekitaran pekerjaan yang mendiskriminasi wanita dan mereka yang dikenal pasti sebagai wanita,”

Menurut Emma Majo, diskriminasi ini termasuk daripada segi pembayaran, kenaikan pangkat dan “meletakkan mereka di dalam budaya kerja yang didominasi oleh lelaki,”

Selain, dia juga dinafikan beberapa peluang kenaikan pangkat, diabai oleh pengurusnya dan jawatannya ditamatkan selepas menghantar aduan hal ini kepada Sony.

Namun, menjadi lebih misteri, tuntutan Majo juga mendakwa dia menerima surat menyatakan sebuah jabatan sedang dalam penutupan dan pekerjaannya ditamatkan. Namun, dia bukan bekerja di jabatan yang dinyatakan itu.

Tuntutan itu dilakukan di Department of Fair Employement and Housing di California, Amerika Syarikat, di mana tuntutan yang sama ke atas Activision-Blizzard dilakukan.

Buat masa ini pihak Sony PlayStation masih belum memberi maklum balas berikutan hal ini.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+