Bekas pemain profesional Call of Duty, Doug ‘Censor’ Martin, mendakwa Guinness World Records menolak rekod 24 jamnya untuk pull-up walaupun ribuan penonton menyaksikannya memecahkan rekod sebelum ini secara langsung.
Pada 8 September lalu, Censor berjaya pecahkan rekod dunia untuk jumlah pull-up terbanyak dalam tempoh 24 jam.
Dengan 8,940 pull-up, dia menjadi pemegang rekod baru, tetapi diteruskan lagi hingga mencecah 9,250 pull-up.
Aksi hebat ini disiarkan secara langsung untuk seluruh dunia, dengan ribuan penonton hadir menyokong bekas pro CoD itu. Selepas berlatih selama setahun selepas percubaan gagal pada bulan Julai tahun lalu, Censor akhirnya mencapai matlamatnya.
Guinness World Records just denied @Censor’s pull-up record because he did it for charity…
According to them, it has to be for “personal achievement only”
— CDL Intel (@intelCDL) October 16, 2024
Namun sekarang, lebih sebulan selepas memecahkan rekod dan dihantar kepada pihak Guinness World Records, mereka dilaporkan menolak pengesahan itu.
“Saya baru dapat berita tentang permohonan saya untuk Guinness,” kata Censor semasa siaran Twitch pada 15 Oktober.
“Permohonan saya tidak diiktiraf sebagai individu atau untuk tujuan pencapaian peribadi sahaja,”
.@Censor has broken the world record for the most pull-ups in 24 hours (8,940) with over 5 hours remaining. pic.twitter.com/5Xr0ZAP58q
— Dexerto Esports (@DexertoEsports) September 8, 2024
Sepanjang usaha memecahkan rekod itu, Censor sudah menghantar semua sumbangan yang diterima terus kepada Project Purple, sebuah badan amal yang membantu pesakit kanser pankreas.
Dia juga mengiklankan One More Rep Athletics & Fitness, sebuah syarikat kecergasan & jasmani di Amerika Syarikat semasa siaran.
Dia percaya bahawa promosi untuk badan amal itu adalah sebab pencapaiannya tak diikitraf.
“Jika kita mewakili perniagaan, agensi, amal, atau kerajaan, itu akan menjadi sebab mereka menolak permohonan,” tegasnya.
“Mereka menolak kerana saya lakukannya untuk badan amal,” tambahnya.
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!