Beli minuman Tealive, dapat sleeve cawan eksklusif Genshin Impact

Peminat Genshin Impact di Malaysia dan Singapura bakal mendapat satu kolaborasi baru dari HoyoVerse.

Pengumuman ini dibuat di laman rasmi Genshin Impact di Facebook.

Acara ini akan bermula pada 20 April sehingga 19 Mei ini.

Apabila anda membeli air di Tealive anda akan mendapat sleeve cawan Genshin Impact eksklusif dengan setiap pembelian.

Namun hanya cawangan Tealive terpilih sahaja akan mendapat kolaborasi ini. Anda boleh melihat cawangan terpilih yang terdapat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor di laman RASMI ini.

RELATED NEWS

+