EA dan DICE sudah mengumumkan tarikh untuk beta terbuka Battlefield 2042 yang akan datang dan ia bermula minggu depan. Sesi beta terbuka ini bermula dari 6 Oktober hingga 9 Oktober ini.
Beta terbuka Battlefield 2042 hanya akan menampilkan satu peta iaitu Orbital dan pemain akan memainkan mod Conquest yang pada dasarnya adalah mod menawan zon. Selain itu, akan ada empat watak Specalist yang dapat dipilih sepanjang sesi beta:
- Webster Mackay
- Maria Falck
- Pyotr ‘Boris’ Guskovsky
- Wikus ‘Casper’ Van Daele
DICE juga mendedahkah spesifikasi minimum serta spesifikasi yang disyorkan untuk mendapat pengalaman yang terbaik semasa memainkan Battlefield 2042.
KEPERLUAN PC MINIMUM:
OS: Windows 10 64-bit
CPU (AMD): AMD Ryzen 5 3600
CPU (Intel): Core i5 6600K
Memori: 8GB
Memori Video: 4GB
GPU (NVIDIA): Nvidia GeForce GTX 1050 Ti
GPU (AMD): AMD Radeon RX 560
DirectX: 12
Keperluan Sambungan Dalam Talian: 512 KBPS atau sambungan Internet yang lebih pantas
Ruang cakera padat: 100GB
SPEC PC YANG DISARANKAN:
OS: Windows 10 64-bit
CPU (AMD): AMD Ryzen 7 2700X
CPU (Intel): Intel Core i7 4790
Memori: 16GB
Memori Video: 8GB
GPU(NVIDIA): Nvidia GeForce RTX 3060
GPU(AMD): AMD Radeon RX 6600 XT
DirectX: 12
Keperluan Sambungan Dalam Talian: 512 KBPS atau sambungan Internet yang lebih pantas
Ruang cakera padat: 100GB SSD
Pemain boleh memuat turun beta terbuka ini pada 3PM, 5 Oktober. Bagi yang telah pra-tempah Battlefield 2042, anda akan layak untuk bermain sewaktu Early Access pada 3PM, 6 Oktober dan 7 Oktober. Pada yang lain, Open Access dibuka pada 3pm, 8 Oktober dan 9 Oktober. Beta ini akan diakhiri pada 3PM, 10 Oktober.
Waktu ditulis adalah dalam GMT+8.