Beta Terbuka Ninjala Bermula Pada 29 April 2020

Pada penghujung bulan lepas, Ninjala diumumkan melalui Nintendo Direct Mini dan ia akan dilancarkan pada 27 Mei 2020 di Nintendo Switch. Anda berpeluang mencubanya secara percuma bermula pada hari ini.

Beta terbuka Ninjala akan bermula pada 28 April 2020 dan beta tersebut boleh dimuat turun melalui Nintendo eShop pada 21 April 2020. Mengikut waktu Malaysia, tempoh permainan beta terbuka tersebut adalah:

  • 29 April 2020 – 3:00AM sehingga 3:59AM
  • 29 April 2020 – 11:00AM sehingga 11:59AM
  • 29 April 2020 – 7:00PM sehingga 7:59PM

Ninjala merupakan sebuah permainan perlawanan arena yang memberi fokus terhadap mod multi-pemain. Anda dan rakan-rakan bermain sebagai watak-watak ninja comel yang harus bertarung menggunakan senjata bertemakan mainan dan gula-gula.

Sumber: PlayNinjala

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+