Beta tertutup Apex Legends Mobile kini tiba di Malaysia

Apex Legends yang kini mendapat populariti yang kian meningkat untuk para gamers di Malaysia akan datang untuk peranti mudah alih anda.

Permainan video percuma battle royale-hero shooter ini dicipta oleh Respawn Entertainment dan diedarkan oleh Electronic Arts.

Respawn pada mulanya hanya melancarkan beta tertutup di India dan Filipina. Beta tertutup ini kini hadir untuk beberapa negara lain seperti Peru, Colombia, Egypt, Lebanon dan Indonesia.

Anda kini boleh pra-daftar beta tertutup di peranti Android anda.

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri di peranti Android anda dan berpeluang untuk mencubanya lebih awal.

Setakat ini masih belum ada lagi apa-apa pengumuman dari Respawn untuk peranti iOS.

RELATED NEWS

+