Beta Tertutup Kedua Genshin Impact Akan Tiba Pada 19 Mac 2020

Pada tahun lepas, miHoYo mengumumkan sebuah permainan video baru bertajuk Genshin Impact. Ia akan dilancarkan untuk PC, iOS, dan Android pada tahun ini.

Baru-baru ini, mereka mengesahkan bahawa ujian beta tertutup kedua untuk Genshin Impact akan bermula pada 19 Mac dan berakhir pada 7 April 2020.

Beta tertutup ini akan dijalankan untuk ketiga-tiga platform yang dinyatakan di atas.

Malangnya, tarikh untuk mendaftarkan diri untuk menjadi penguji beta tertutup ini telah pun berakhir pada 17 Februari 2020.

Walaubagaimanapun, pihak miHoYo tidak menghalang penguji beta tertutup untuk merakam sesi permainan mereka.

Livestreaming juga dibenarkan tetapi terdapat beberapa kawasan yang tidak boleh ditunjuk kerana masih belum disiapkan.

Bagi mereka yang telah mendaftarkan diri, pastikan anda menyemak emel anda kerana pihak pembangun telah mula menghantar jemputan untuk menyertai ujian beta tertutup.

Genshin Impact merupakan sebuah permainan video aksi dunia terbuka (open world). Ia sering dibandingkan dengan The Legend of Zelda: Breath of the Wilds dari segi cara permainan.

Dari segi estetik pula, Genshin Impact menggunakan rekaan gaya anime. Ia mirip dengan estetik dalam Honkai Impact 3, sebuah permainan video mudah alih yang juga dibangunkan oleh miHoYo.

Sumber: Genshin Impact Forums

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+