Honor of Kings (HOK) bakal menamatkan bulan ini sebagai bulan terakhir sebelum Ranked akan reset semula.
Ranked dalam HOK akan reset semula setiap tiga bulan dan rank anda akan diturunkan ke rank lebih bawah bagi mendapatkan beberapa ganjaran.

Foto: Honor of Kings, Tencent
Bagi pemain Bronze, Silver, Gold dan Platinum anda tidak akan mendapat apa-apa perubahan rank.
Pemain Diamond V ke atas pula akan mendapat Ranked Reset.
Jadi rank apa yang akan anda pegi selepas reset ini:
Rank Semasa | Rank Selepas Reset |
---|---|
Diamond V | Platinum III |
Diamond IV | Platinum II |
Diamond III | Platinum I |
Diamond II | Diamond V |
Diamond I | Diamond V |
Master V | Diamond IV |
Master IV | Diamond IV |
Master III | Diamond IV |
Master II | Diamond III |
Master I | Diamond III |
Grand Master (0-9 Stars) | Diamond II |
Grand Master (10-24 Stars) | Diamond I |
Mythic (25-49 Stars) | Master V |
Epic (50-74 Stars) | Master IV |
Epic (74-99 Stars) | Master III |
Legend | Master III |
Jadi bila tarikh sebenar ranked reset HOK?

Foto: Honor of Kings, Level Infinite
Mengikut acara Season Skin Bonanza tarikh Rank Reset berkemungkinan besar adalah pada 25 September ini.
Tetapi terdapat juga beberapa pemain mengatakan Rank Reset adalah pada 10 September.
Apa yang akan anda dapat selepas Rank musim ke-6 ini tamat?

Foto: Honor of Kings, Level Infinite
- Gold V: Rank Protection Card x2
- Platinum V: Arcana Fragment x1000
- Diamond V: ‘Just Wait Till I Respawn’ emote
- Master V: Fire Serpent Avatar Frame
- Grand Master: ‘Heroes Assemble Glory-Cast’ emote
- Battle Sector Top 100: Battle Sector Top 100 Title
Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari Honor of Kings Global mengenai tarikh Rank Reset sebenar.