Biomutant akan tiba pada 25 Mei 2021

THQ Nordic telah mengumumkan bahawa Biomutant akan dilancarkan pada 25 Mei tahun ini. Permainan tersebut sudah lama diumumkan tetapi baru sahaja menerima tarikh pelancaran. Ia sedang dibangunkan oleh studio Sweden iaitu Experiment 101.

Seperti yang dipertunjukkan dalam trailer permainan pada tahun lepas, Biomutant merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka pasca-apokaliptik. Pemain akan bertarung dengan menggunakan gabungan seni bela diri, senjata api, dan kuasa mutasi.

Dalam permainan ini, pemain bebas untuk membuat dan mengubahsuai senjata dan struktur genetik watak yang dikawal. Ini membenarkan anda untuk mencipta cara permainan tersendiri dalam mengalahkan pelbagai jenis musuh. Terdapat banyak musuh raksasa gergasi yang bersaiz bangunan.

Anda kini boleh pra-tempah Biomutant untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One di laman web rasminya.

Sumber: THQ Nordic

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+