Black Desert Akan Dilancarkan Di PlayStation 4 Pada 22 Ogos Ini

Pearl Abyss akhirnya mengumumkan bila pemain boleh memainkan Black Desert di PlayStation 4. MMO popular ini akan dilancarkan secara rasmi di konsol itu bermula 22 Ogos ini dan kalau korang pra-tempah, boleh main 48 jam lebih awal.

Black Desert setakat ini masih belum disenaraikan di PlayStation Store Malaysia tapi mengikut harga di pasaran luar, ia mungkin akan dijual dengan RM124.

Nak tahu apa itu Black Desert? Korang boleh usha video trailer di bawah.

Selain mempunyai konsep dunia terbuka, ia juga menampilkan sistem kombat secara real-time dan korang boleh memancing, crafting, bertukar barangan dan macam-macam lagi. Setiap transaksi pula menerusi Central Market Place di mana pemain mengawal sendiri ekonomi dalam permainan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+