Black Desert Mobile Sedia Dimainkan Di Android, iOS Pada 12 Disember Ini

Selepas sekian lama menanti, akhirnya Black Desert versi peranti pintar iaitu Black Desert Mobile kini dilancarkan di beberapa negara terpilih. 

Dengan penerimaan sebanyak 2 juta pra-pendaftaran, permainan mudah alih ini hanya dilancarkan di Australia, Turkey, Ireland, Sweden, Chile dan Kanada. Yang menariknya, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menerima soft launch!

Ia akan dilancarkan di seluruh dunia di iOS dan Android pada Disember 2019.

Black Desert Mobile adalah permainan dengan konsep MMO yang menggabungkan elemen perlawanan fast-paced dan gameplay unik seperti di Black Desert. Mereka boleh mengubah dan mendalami sistem kombat yang menyeluruh dan meluangkan masa dengan memancing, berjual beli, membela kuda, mencipta senjata dan macam-macam lagi seperti dalam kehidupan sebenar.

Selain itu, ia juga mempunyai sistem bela haiwan peliharaan (pets) selain memfokuskan pada ciri-ciri biasa terdapat dalam MMO iaitu Guilds dan Marketplace yang mana urusan jual beli dilakukan secara langsung.

Pilih lima kelas berbeza iaitu Warrior, Ranger, Giant, Witch atau Valkyrie.

Bagi anda yang bermain di server soft launch ini, tak perlu risau kerana perkembangan karakter anda boleh dibawa ke hadapan apabila BDM dilancarkan secara global nanti.

Download di sini: Android

Versi di iOS pula dijangka keluar pada 12 Disember ini. Pra-Daftar.

Permainan mudah alih ini dibangunkan oleh Pearl Abyss.

RELATED NEWS

+