Black Desert (PC) Percuma Untuk Waktu Terhad

Apabila bercakap tentang permainan video genre massively multiplayer online role-playing games (MMORPGs), Black Desert adalah salah satu judul yang paling popular pada hari ini.

Bagi anda yang masih belum pernah main Black Desert, satu peluang keemasan telah tiba tetapi ia hanya untuk pemain PC. Black Desert kini boleh dituntut secara percuma di Steam. Promosi ini akan berakhir pada 3 Mac 2020.

Pada waktu yang sama, pakej-pakej tambahan untuk Black Desert juga mendapat potongan harga:

  • Black Desert Silver Package – RM74.34 (Harga asal: RM113.57)
  • Black Desert Gold Package – RM147.89 (Harga asal: RM236.16)

Sumber: Pearl Abyss

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+