Selepas dua tahun penurunan bilangan pemain, Black Ops 6 (BO6) berjaya mengembalikan Call of Duty ke ‘zaman kegemilangannya’ dengan pelancaran yang berjaya baru-baru ini.
Modern Warfare mencatat 190,273 pemain serentak di Steam pada hujung minggu pelancaran, jauh daripada rekod MW2 yang mencapai 262,875. Pada Mac 2023, jumlah pemain MW2 dan Warzone 2 jatuh ke 87,000, merisaukan ramai pemain dan komuniti.
Namun, BO6 mendapat sambutan hangat, dengan lebih 229,000 pemain pada pelancarannya. Ulasan awal menunjukkan permainan video ini dianggap lebih baik, dengan ramai pemain beralih kepada Zombies.
Kempen permainan juga menerima ulasan positif walaupun pendek, dengan cerita yang menarik dalam 11 misi. Kejayaan berterusan bergantung kepada bagaimana kandungan selepas pelancaran dan bagaimana pemain sesuaikan diri dengan permainan.
Pemain profesional CoD, Dashy dan Shotzzy, mengkritik peta BO6 dan meminta semula peta klasik. Treyarch mengesahkan peta Nuketown dari Black Ops 1 sedang dipetakan semula untuk kemaskini akan datang.
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!