Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun

Selepas melancarkan Black Shark 3 tak lama dulu di pasaran Malaysia, kali ini Black Shark mengumumkan pula kehadiran peranti flagship Black Shark 3 Pro dan juga Black Shark Bluetooth Earphones.

Menariknya kali ini, Black Shark 3 Pro adalah peranti pintar gaming pertama dengan sokongan 5G. Ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dan keupayaan architecture SA dan NSA untuk memberi akses gaming dalam rangkaian 5G. 

Dari segi penyejukan, ia menggunakan “Sandiwch” liquid cooling untuk memberikan cip pemprosesan Snapdragon 865 berfungsi pada kadar terbaik dan memberikan prestasi terbaik ketika memainkan permainan mudah alih dengan permintaan grafik yang tinggi.

Pengenalan dual battery dengan keupayaan pengecasan hyper 65W menunjukkan prestasi seperti 50% pengecasan dalam hanya 12 minit atau 38 minit untuk pengecasan penuh. Ia juga menggunakan gabungan USF 3.0 + LPDDR5 untuk pemindahan data pantas.

Berbeza dengan peranti lain, ia mempunyai Master Touch 3.0, bermakna anda boleh mendaftar dua hotkeys tambahan dengan kawasan menekan 48% lebih luas. Ia boleh didaftar di mana-mana kawasan skrin dan diaktifkan hanya dengan sekali sentuh. Ini membolehkan anda menggunakan lebih banyak fungsi pergerakan dengan mudah.

Tambahan dengan skrin 7.1 inci AMOLED 2K dan audio front facing, ia adalah satu peranti sempurna untuk pengalaman gaming bermakna.

 

Mantapkan lagi pengalaman gaming dengan fon telinga Black Shark

Fon telinga terbaru dari Black Shark ini menggunakan fungsi bluetooth dengan kependaman paling rendah di dunia dengan hanya 58ms. Ia membolehkan pengguna mendengar bunyi audio perlawanan dan tembakan secara langsung tanpa delay di skrin.

Ia juga sangat ringan dengan hanya 22 gram dan mempunyai rekaan sesuai untuk telinga berserta lampu RGB.

Dari segi bateri, ia mempunyai jangka masa main balik (playback) selama 14 jam tanpa lampu RGB dan boleh dicas selama 90 minit untuk 100% bateri menerusi sambungan USB-C

 

Dapatkan di Shopee mulai esok hingga 10 Jun

Minggu pertama dilancarkan, ia boleh didapatkan secara eksklusif di Shopee bermula esok hingga 10 Jun ini.

Black Shark 3 Pro (12+256GB) berharga RM4,199 dan Black Shark Bluetooh Earphones pula berharga RM399.

Untuk dua hari pertama pelancaran, Black Shark menawarkan promosi istimewa dengan pembelian peranti Pro:

Hari pertama – 80 pembeli pertama akan menerima hadiah bundle bernilai lebih RM600 berupa Black Shark Gamepad 2.0 Left Side, Gamepad Holder 3.0, Waranti skrin retak selama setahun dan Merchandise misteri dari Black Shark.

Hari kedua – 70 pembeli pertama akan menerima hadiah bungle bernilai lebih RM500 berupa Black Shark FunCooler, Waranti skrin retak selama setahun dan Merchandise misteri dari Black Shark.

Tambahan, 10 pembeli pertama akan menerima baucar beli belah Shopee bernilai RM100.

Layari stor rasmi Black Shark di Shopee sekarang!

RELATED NEWS

+