Black Shark melancarkan earbuds TWS gaming, Black Shark Lucifer T1, berharga RM169

Black Shark sebuah syarikat yang cukup terkenal dengan teknologi permainan mudah alih, hari ini mengumumkan satu set earbud permainan nir-wayar terbaru dengan ciri-ciri latency ultra-rendah, iaitu Black Shark Lucifer T1.

Black Shark Lucifer T1 didatangkan dengan Bluetooth 5.2 bagi mengurangkan latency sehingga 55 milisaat apabila Mod Permainan diaktifkan. Dengan latency ultra-rendah ia memberikan hubungan audio dan video tanpa sela yang bolehkan pemain untuk bertindak balas dengan lebih pantas ketika di dalam permainan kompetitif.

Black Shark Lucifer T1 juga menawarkan kualiti bass yang baik dan kejelasan yang dipertingkatkan bagi memberikan pengalaman audio yang cukup baik ketika bermain muzik. 

Ia juga didatangkan dengan Dual Mode yang membolehkan anda menukar antara permainan dan muzik tanpa sebarang sela. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon seperti peranti handsfree.

Black  Shark Lucifer T1 menawarkan waktu playback selama 35 jam bersama bekas yang mudah dibawa selain ciri-ciri kalis percikan IPx4 yang boleh digunakan ketika bersenam dan pencahayaan RGB yang boleh disuaikan mengikut citarasa anda sendiri.

Black Shark Lucifer T1 boleh digunakan dengan semua jenis telefon pintar termasuk iPhone dan Android dan akan boleh didapatkan dengan harga RM169 di kedai rasmi atas talian Black Shark di Lazada dan Shopee.

RELATED NEWS

+