Black Shrew Esports (BSE) berjaya melangkah ke grand final Honor of Kings (HOK) Championship 2024 selepas menewaskan pesaing dari Indonesia, Dominator Esports ID dengan kemenangan 3-1.
Dalam perlawanan upper bracket final itu, BSE seperti tidak memberikan peluang dan terus menunjukkan dominasi mereka selaku salah satu pasukan Malaysia bertanding.
Mereka berjaya mengutamakan hero-hero penting untuk pemain farm lane mereka, JR yang menggunakan Arli dan Lady Sun dengan baik sekali.
BSE bakal bertemu siapa pemenang pada malam ini (DMT, NOVA atau Team Secret) yang akan bermain di lower bracket final.
Dalam kejohanan ini, sebanyak 16 pasukan bertarung merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta atau RM4.3 juta.
Kejohanan ini merupakan penutup bagi pelan e-sukan 2024 Honor of Kings pada tahun ini. Tiada pasukan China yang bertanding kerana mereka mempunyai kejohanan berprestij sendiri iaitu KPL Grand Finals.
Foto: Level Infinite
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!