BLEED Esports dilanda masalah tidak bayar gaji kesemua divisi e-sukan mereka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

BLEED Esports kini menghadapi tuduhan kerana tidak membayar beberapa pasukan dari organisasi e-sukan mereka.

Antara pasukan yang terkena adalah Counter-Strike 2, Rainbow Six Siege, Dota 2 dan VALORANT.

Tuduhan ini dibuat oleh Aleksandar “kassad” Trifunovic di akaun Twitter miliknya.

Kassad mengatakan gaji pasukan CS2 tidak dibayar sejak empat bulan lepas dan pemain hanya menerima gaji terakhir pada awal April lepas.

BLEED Esports mengatakan mereka sudah membayar kesemuanya dan gaji Ogos dan September masih dalam pemprosesan.

Kenyataan BLEED Esports juga sangat bercanggah dengan kenyataan Kassad. Dia mengatakan roster Dota 2 BLEED juga menghadapi situasi yang sama malah terus menyenaraikan jumlah gaji yang tidak dibayar oleh BLEED Esports.

“Mereka menipu mengenai pembayaran, membuat janji kosong dan sentiasa memberi harapan palsu,” ujar Kassad.

Permain Rainbow Six Siege BLEED juga mengatakan dia hanya dibayar tidak lebih dari AS$700 (RM3,000) sebulan dan BLEED kini berhutang sebanyak AS$35,000 (RM150,000) dengannya.

Tambahan lagi, menurut Dexerto, Ketua Esekutif BLEED Esports iaitu Goh En Wei Mervyn bakal dikenakan tindakan mahkamah tidak lama lagi.

Perbicaraan mahkamah ini juga akan membicara kes pelabur BLEED yang menumbuk seseorang dan juga kes tunggakan gaji yang sangat lama.

Ketua Esekutif BLEED Esports itu dikatakan menghilangkan diri.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan lanjut dari BLEED Esports.

RELATED NEWS

+