di bawah Microsoft kini melancarkan game terbaru dipanggil sebagai Bleeding Edge."> di bawah Microsoft kini melancarkan game terbaru dipanggil sebagai Bleeding Edge." /> di bawah Microsoft kini melancarkan game terbaru dipanggil sebagai Bleeding Edge." />

Bleeding Edge: Game Online Tempur Berpasukan 4 vs 4 Dibangunkan Oleh Ninja Theory

Daripada pembangun Hellblade: Senua’s Sacrifice dan DmC: Devil May Cry, Ninja Theory kini di bawah Microsoft kini melancarkan game terbaru dipanggil sebagai Bleeding Edge.

Bleeding Edge adalah game pertempuran berpasukan seramai 4 pemain secara online dalam perspektif kamera third-person. Saksikan trailer pendedahan pertama Bleeding Edge diumumkan semasa persidangan Microsoft di E3 2019:

Dalam Bleeding Edge, korang boleh memilih pelbagai jenis karakter yang mana semua mempunyai kebolehan tempur tersendiri mengikut citarasa pemain dan membentuk pasukan stabil untuk menjuarai perlawanan di atas arena bertemakan cyberpunk. Sekilas pandang, game ini seperti Overwatch bertemu dengan aksi DmC: Devil May Cry.

Meskipun masih dalam fasa pembangunan, korang boleh daftar diri untuk Technical Alpha pada 27 Jun ini di laman rasmi. Bleeding Edge dilancarkan di Xbox One dan PC. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+