Blizzard Bakal Umum Diablo 4 Di BlizzCon 2019?

Ura-ura mengatakan Blizzard bakal mengumumkan permainan terbaru mereka, Diablo 4 dan Diablo 2 Remastered di BlizzCon 2019 mungkin akan menjadi kenyataan.

Berdasarkan satu twit yang menunjukkan artbook terbaru Diablo dalam bahasa Jerman ini, ia menulis perkataan “IV” di situ yang bermaksud empat dalam huruf roman.

Buku The Art of Diablo itu muncul dalam majalah Jerman iaitu Gamestar. Ia akan diterbitkan selepas BlizzCon dan memaparkan lebih 500 hasil seni dari Diablo, Diablo II, Diablo III dan Diablo IV.

Twit di atas pula meramalkan Diablo II Remastered akan turut diumumkan. Memandangkan permainan ini dalam permintaan pemain setelah sekian lama, tak mustahil untuk Blizzard mengumumkannya.

RELATED NEWS

+