Blizzard Memberi Kawalan Kamera Kepada Penonton Semasa Menonton Liga Esports Overwatch

Blizzard Entertainment mengumumkan satu ciri khas dipanggil sebagai Overwatch World Cup Viewer iaitu membolehkan penonton melihat Overwatch World Cup akan datang tidak lama lagi melalui klien khas Blizzard, Battle.net.

Ciri ini memberi akses kamera yang mana sebelum ini, hanya terhad kepada pemerhati profesional esports bagi Overwatch League. Ini bermakna penonton boleh mengawal kamera sepenuhnya dari bertukar antara perspektif first-person dan third-person serta memilih untuk menonton pemain profesional kesukaan korang sepanjang perlawanan kejohanan yang akan berlangsung secara rasmi pada 2 November di BlizzCon.

Korang juga boleh untuk ulang tonton perlawanan liga Overwatch dengan memperlahankan atau mempercepatkan aksi-aksi menarik. Penonton boleh melihat keseluruhan perlawanan dari atas udara (perspektif top-down) dan memberi akses kepada ikon-ikon menunjukkan nyawa setiap hero Overwatch, penggunaan Ultimate, kebolehan hero masing-masing dan banyak lagi.

Menurut pengarah Overwatch, Jeff Kaplan menerangkan Overwatch World Cup Viewer akan dilancarkan dan diujikaji dalam satu ujian beta di PC terlebih dahulu. Beliau juga berharap untuk membuka fungsi kawalan kamera kejohanan Overwatch kepada seluruh platform termasuk PS4 dan Xbox One.

Tambahan pula, Kaplan mengumumkan bahawa tiada peta terbaru untuk Overwatch bagi BlizzCon tahun ini berbanding peta Oasis dan Blizzard World diperkenalkan di dua BlizzCon sebelum ini.

Selain itu, beberapa hero Overwatch akan diubahsuai atau dikemaskini dalam patch terbaru 1.30. Antara hero yang terlibat dalam pengubahsuaian ini adalah Symmetra, Roadhog, Mercy dan Reaper.

RELATED NEWS

+