Blizzard mengumumkan pelancaran versi remaster Warcraft 1 dan Warcraft 2 sempena ulang tahun ke-30 francais, kini tersedia di stor Battle.net dengan visual baru yang dilukis tangan.
Pemain boleh menukar antara penampilan asal dan yang baru pada bila-bila masa. Selain itu, Warcraft: Orcs & Humans kini dilengkapi dengan kawalan moden, seperti gerakan menggunakan klik kanan dan kotak seleksi, serta kelajuan permainan yang dipercepatkan.

Foto: GameSpot
Kedua-dua permainan juga mendapat peningkatan pada antaramuka pengguna (UI) dan pengalaman pengguna (UX), termasuk pilihan unit yang lebih banyak. Warcraft 2 kini menyokong fungsi multi-pemain sepenuhnya, dengan peta custom legacy yang serasi untuk dimainkan.
Selain itu, Warcraft Battle Chest kembali, membolehkan pemain membeli Warcraft 1, 2, dan 3 dalam satu pakej. Kedua-dua permainan remaster kini sudah boleh dibeli dan dimainkan di Battle.net.
Untuk pemain Classic, Mists of Pandaria disahkan sebagai expansion seterusnya dengan pelancaran pada musim panas 2025.
Blizzard juga melancarkan pelayan (server) baru yang disebut Classic Classic, menawarkan ciri-ciri kualiti hidup yang tidak ada pada versi asal, memberi peluang kepada pemain baru untuk lebih mudah menyertai permainan.
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!