Blizzard Saman Glorious Saga USD$150,000 Kerana Tiru Siri Warcraft

Glorious Saga, permainan mudah alih terbaru daripada Sina Games disaman oleh Blizzard kerana menggunakan karakter siri permainan Warcraft daripada syarikat gergasi itu. 

Menurut laporan Polygon, Blizzard menyaman di atas tuduhan mencuri rekaan karakter, kuasa magis dan ikon-ikon daripada siri Warcraft. “Setiap raksasa, makhluk, haiwan dan kenderaan dalam permainan ini ditiru daripada permainan Warcraft.

“Senjata, azimat dan beberapa objek diambil bulat-bulat dari siri Warcraft dan audio serta efek bunyi daripada permainan Warcraft dihasilkan kembali untuk permainan ini,” komen Blizzard.

Bagaimana bentuk permainan Glorious Saga ini? Lihat video di bawah: 

Mereka disaman sebanyak AS$150,000 kerana mencuri hasil kerja dan kos ini termasuk yuran guaman.

Sumber rujukan: Kotaku

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+