Blizzard umum ujian beta tertutup Diablo Immortal

Blizzard Entertainment baru-baru ini mengumumkan permainan mudah alih mereka, Diablo Immortal kini sudah mencapai peringkat ujian beta. 

Pengumuman ini diumumkan melalui ciapan di akaun rasmi Diablo Immortal, sambil memperlihatkan video sedutan peringkat beta itu. 

Ujian beta ini akan bermula pada 28 Oktober, 5.00 petang PT (29 Oktober, 8.00 pagi waktu Malaysia) dan akan berlangsung selama tiga bulan. 

Namun, buat masa ini, ujian beta ini hanya tersedia untuk pemain di Australia dan Kanada sahaja buat masa ini, sebelum ia dibuka untuk Korea, Jepun dan China pada minggu hadapan. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+